Apa yang kekal dalam telefon?

Kalendar, ramalan dan tarikh peringatan dikira dalam peranti. Di situ juga laporan doktor disediakan dan tangkapan skrin kalendar dibaca. Ingatan Mia juga disimpan dalam telefon; bila jawapan dalam talian aktif, ia mungkin turut dihantar bersama permintaan, dan awak boleh betulkan atau padamnya.

Apa yang dihantar ke internet, dan bila?

Jawapan dalam talian Mia dalam HeySis bermula selepas awak bersetuju: mesej, gambar atau fail yang dilampirkan dan konteks yang perlu, contohnya kitaran, mood dan nota, diproses oleh perkhidmatan AI. Penyegerakan awan boleh dihidupkan jika awak mahu, dan ketika itu catatan disulitkan sejak dalam telefon lagi; hanya tarikh dan masa perubahannya yang tidak disulitkan. Bulatan menunjukkan status kepada orang yang awak jemput, manakala simptom dan nota awak kekal rahsia. Ke Apple Health hanya haid dan beberapa simptom yang dihantar, itu pun jika awak benarkan penulisan: nota dan sembang tidak masuk ke sana.

Diari dan pemadaman data adalah percuma.